Pages

Wednesday, 28 November 2012

Kisah Muktabar : Cuba Mengelak Maut


BISMILLAH…
Kisah kali ini ialah berkaitan dengan ketentuan yang telah ditetapkan iaitu ajal. Bila tiba ajal seseorang maka ia tidak akan terlewat atau awal walaupun sesaat. Tiada siapa yang dapat mengelak daripada malakul maut bila tiba masanya. Bersiap sedialah kita semua untuk menghadapinya. Ikuti kisah benar ini.





Seorang pemuda di Damsyik bersiap sedia  untuk ke satu tempat dengan menaiki kapal terbang. Pemuda tersebut ingin tidur sekejap lalu dia berpesan kepada ibunya agar mengejutkannya pada pukul sekian-sekian. Lalu dia pun tidur.
Dalam pada itu si ibu mendengar laporan cuaca di radio yang menjelaskan bahawa angin kencang akan bertiup dan cuaca amat buruk. Maka si ibu yang amat sayangkan anaknya sengaja tidak mengejutkan anaknya dengan harapan anaknya tidak jadi pergi pada waktu itu. Dia takut apa-apa yang buruk akan menimpa anak kesayangannya itu.
Apabila si ibu telah yakin kapal terbang telah berlepas, ibu tersebut mengejutkan anaknya. Ternyata anaknya tidak bernafas lagi.
-----
Pembaca semua dialu-alukan memberi pengajaran berdasarkan kisah di atas untuk perkongsian bersama.


Maksud Firman Allah : “sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada  Allah”. ( surah al-Jumuah,ayat 8)

 Sumber : La Tahzan
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Kisah Muktabar : Doa Wanita Tua Yang Dizalimi


Al-Tanukhi berkata : Terdapat seorang menteri di Baghdad yang berlaku zalim terhadap seorang wanita tua. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu diambil. Wanita itu dengan berani mengadu kepada menteri tersebut sambil menangis dan memprotes kekejaman menteri itu. Menteri itu sama sekali tidak menyedari kezalimannya terhadap wanita itu. 


Wanita itu berkata : Walaupun engkau tidak menyedarinya, aku tetap akan berdoa kepada Allah agar kecelakaan akan menimpa kamu. Menteri itu ketawa terkekeh-kekeh sambil mengejek dengan katanya : berdoalah satu pertiga akhir malam. Wanita itu bangun pada satu pertiga akhir malam dan dia berdoa secara berterusan.
Tidak berapa lama kemudian, menteri itu dipecat dan seluruh hartanya disita. Dia diikat di tengah pasar dan dirotan sebagai hukuman  takzir terhadap kezalimannya selama ini terhadap rakyat jelata. Wanita tua itu lalu didepannya untuk melihat siapa yang diikat, dia berkata : Engkau benar. Engkau telah mencadangkan aku agar berdoa satu pertiga akhir malam dan sekarang terbukti ia waktu paling baik.
SUMBER : La Tahzan
MORAL :
-          Doa orang dizalimi dimakbulkan oleh Allah SWT.
-          Doa pada waktu satu pertiga akhir malam adalah mustajab.

-       Takutilah doa orang yang dizalimi.

Kisah Muktabar : Nabi saw Dicampak Kotoran Unta ketika Solat

Abu Aqil Adnan

Pada awal dakwah, Rasulullah saw sering kali dihina, dicaci, dibuli dan diperlakukan dengan zalim oleh orang-orang Quraisy disebabkan agama baru yang dibawa oleh Baginda saw. 

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa pernah satu kali baginda solat dekat Ka’bah. Berhampirannya terdapat Abu Jahal dan beberapa orang rakannya sedang duduk di situ.
Sebahagian berkata : siapakah di antara kamu yang berani mengambil kotoran unta bani fulan dan meletakkannya di atas belakang Muhammad yang sedang solat?

Maka bangkitalah manusia paling celaka iaitu Uqbah bin Abu Mu’aith dan dia datang dengannya. Dia menunggu dan memerhatikan Nabi saw yang sedang solat. Bila Baginda sedang sujud dia meletakkan kotoran itu di antara bahu Rasulullah saw.


Ibn Mas’ud berkata : aku melihat sendiri kejadian itu tapi aku tidak mampu untuk mencegahnya.
Abu Jahal dan kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak sambil saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain. Baginda terus sujud dan tidak dapat mengangkatnya sehinggalah puterinya datang dan membuang kotoran yang terdapat di atas belakang Nabi saw. Barulah Baginda dapat bangkit dari sujud dan mengangkat kepalanya. Kemudian baginda saw bersabda ;

” Ya Allah, Hukumlah Orang-orang Quraisy ini!”

Nabi saw mengucapkannya sebanyak tiga kali sehingga mereka semua berasa kesal kerana Muhammad saw telah mendoakan kecelakaan ke atas mereka. Mereka tahu doa di baitullah adalah mustajab.

Kemudian Nabi saw menyebut nama-nama mereka. Ya Allah hukumlah Abu Jahal, hukumlah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’aith.
Demi yang diriku di tanganNya, aku telah melihat sendiri orang-orang yang disebutkan oleh Nabi saw bergelimpangan di lembah Badar. ( Imam al- Bukhari, kitab al-Wuduk )

Pengajaran :

1- Cacian, penghinaan, fitnah adalah asam garam usaha dakwah kepada kebenaran.

2- Diharuskan berdoa keburukan kepada mereka yang melakukan kezaliman atau melampaui batas.

3- Sentiasalah berdoa dan jangan berputus asa kerana doa Nabi saw tidak ditunaikan serta merta 
malah bertahun-tahun baru doa nabi menjadi kenyataan. Jarak peristiwa ini dan perang Badar yang berlaku pada tahun pertama hijrah satu waktu yang lama baru Allah makbulkan doa nabi saw. 

4- Jangan melakukan sebarang kezaliman kepada sesiapa kerana doa orang yang dizalimi adalah mustajab.

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh kita semua.

Doa Nabi Ibrahim a.s ketika Dicampak Ke Dalam Api



Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata : Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah :

Ø­َسْبِÙŠَ اللَّÙ‡ُ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ الْÙˆَÙƒِيلُ

Bermaksud : Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung.
Raja Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik akal. 

Bagaimanapun, Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup. 


 Rakyat dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan penuh gelisah.


Walaupun berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya bertambah sejuk. Keistimewaan luar biasa itu adalah mukjizat Allah kepadanya. 

Sebagaimana firman Allah, bermaksud: “Wahai api, hendaklah kamu dingin dan selamatkan Ibrahim.” 


Doa ini amat sesuai diamalkan oleh kita semua sebagai menyatakan pergantungan mutlak hanya kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha Pengurnia sebagai tempat memohon pertolongan dan bantuan. Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkan semua amal soleh.

Kisah Muktabar : Nabi Ibrahim dan Raja Yang Zalim


BISMILLAH…
Kisah kali ini ialah mengenai perlindungan Allah SWT kepada hambaNya yang bertakwa. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini.
Imam al-Bukhari meriwayatkan ( no. 3358) :
Rasulullah saw bersabda : Nabi Ibrahim berhijrah bersama isterinya Sarah. Mereka  masuk ke sebuah tempat yang diperintah oleh raja yang zalim dan sombong. Diberitahu kepada raja tersebut bahawa Ibrahim telah datang dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Maka dia bertanya kepada Ibrahim : siapakah wanita yang bersamamu?. Ibrahim menjawab :’ saudara perempuanku’.

Kemudian Nabi Ibrahim kembali kepada sarah dan berpesan : jangan engkau mendustakan ucapanku  dan aku telah berkata bahawa kamu adalah saudaraku. Demi Allah di bumi ini tiada orang yang beriman melainkan diriku dan dirimu. Maka Nabi Ibrahim mengirimkan sarah kepada raja tersebut.
Dia bangkit kepada sarah. Sarah bangkit berwudhu dan solat lalu dia berdoa : ya allah, jika aku beriman kepadaMu dan kepada rasulMu, maka jagalah kehormatanku kecuali kepada suamiku. Oleh itu janganlah Engkau biarkan orang kafir menguasaiku. Maka ketika raja itu hendak menyentuh sarah, nafas raja itu menjadi sempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa.
Kemudian raja itu cuba untuk menyentuh sarah kali kedua, maka dia tercekik seperti tadi atau lebih keras. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa. Lalu raja memanggil pengawal dan berkata :  kamu tidak membawa manusia ke mari, malah kamu membawa syaitan ke sini. Raja itu menghadiahkan Hajar kepada sarah sebagai hamba.
Sarah pulang kepada Nabi Ibrahim sedang dia sedang solat. maka Nabi Ibrahim memberi isyarat bermaksud bagaimana keadaanmu? Sarah menjawab : Allah menggagalkan tipu helah orang kafir atau orang  jahat berupa seksaan di lehernya dan memberiku Hajar.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Tuesday, 20 November 2012

15 SOAL JAWAB ORANG KAFIR YANG PERSOALKAN KEBENARAN ISLAM


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

KENALI BRIGADE IZZUDDIN AL QASSAM


Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
“Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan ” Briged Al-Qassam “.
“Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah,” ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
“Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.
“Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan,” katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
“Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa,” kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur – satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: “Tanah ini milik kamu juga.”
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.